Jumaat, 16 Mac 2012

HAI-O EZIGROW


KESAN-KESAN HAI-O EZIGROW
1. Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuh-tumbuhan yang lengkap dan seimbang
untuk mempertingkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
2. Mengandungi pengawal tumbesaran untuk mengiatkan tumbesaran serta menambah
kadar proses fotosintesis dan kadar gula (% Brix) dalam masa 1 jam selepas menyembur.
3. Mengandungi asid humik untuk meningkatkan penyerapan khasiat oleh tumbuh-
tumbuhan, dengan itu menguatkan system keimunan tumbuh-tumbuhan supaya menjadikannya lebih sehat.
4. Menambah hasil pengeluaran dan tanaman sehingga 70%.
5. Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran. Mengurangkan penguguran
bunga dan putik melalui pengawalan pengeluaran asid absitik.
6. Mesra alam dan bioural.
7. Mudah digunakan dengan menyembur atau menyiram.
8. Sesuai dicampur dengan racun serangga.
9. Sesuai untuk semua jenis tanaman.
10. Menjimatkan.

BAJA : NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN
Jenis dan fungsi nutrien tanaman
Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien) untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu;
MAKRONUTRIEN
Ia merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder.
Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur utama ialah Karbon (C), Hidrogen (H) , Oksigen (O) ,Nitrogen (N) , Fosforus(P) dan Kalium(K).
Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman melalui udara dan air. Unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium adalah biasanya diberikan kepada tanaman melalui PEMBAJAAN. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman.
NITROGEN (N)
Kepentingan
Memberikan warna 'hijau' kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil.
Membantu dalam pembentukan asid amino(protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan
Pertumbuhan tanaman
Kesan kekurangan
~Daun akan menjadi kuning
~Daun di bawah akan gugur
~Pertumbuhan pokok menjadi lambat

Nitrogen amat mudah larut di dalam air. Oleh itu penyiraman yang melampau akan memudahkan unsur ini hilang dengan cepat daripada capaian akar tumbuhan atau penyerapan melalui daun. Pemberian baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi akan meyebabkan kesan terbakar pada pokok dan pokok tidak akan mengeluarkan hasil (bunga atau buah).
FOSFORUS (P)
Kepentingan
~Merangsang pertumbuhan akar
~Merangsang pengeluaran bunga
~Membantu di dalam menguatkan sistem pertahanan pokok Kesan kekurangan
Pertumbuhan terbantut
 ~Warna daun menjadi hijau tua
 ~Akar pokok terbantut dan menjadi kecil
 ~Buah menjadi lambat untuk matang dan masak

KALIUM (K)
Kepentingan
Untuk pembungaan dan pembuahan
Sistem pertahanan tanaman
Membantu di dalam proses kimia dalaman pokok seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur.
Mengatur kadar penggunaan air oleh pokok
Kesan kekurangan
Proses sintesis protein terjejas
Daun menguning dan tisu di hujung dan di tepi daun layu dan mati
Pertumbuhan terbantut

KALSIUM (Ca)
Kepentingan
Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar
Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan
Perlu di dalam proses fotosintesis
Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino
Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman.
Membantu di dalam proses mematangkan stem
Membantu di dalam proses mematangkan stem
Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata
Memperbaiki tekstur buah.
Kesan kekurangan
Pertumbuhan terbantut
Bentuk daun muda tidak sekata dan tidak subur

MAGNESIUM (Mg)
Kepentingan
Penting di dalam pembentukan klorofil
Komponen penting di dalam protoplasma tanaman
Kesan kekurangan
Klorosis berlaku iaitu daun-daun menguning
Sebahagian daun atau keseluruhan daun mati

SULFUR (S)
Kepentingan
Membantu di dalam pembahagian sel
Mempercepatkan perkembangan buah
Komponen penting di dalam protoplasma
Kesan kekurangan
Daun muda menguning
Pertumbuhan lambat

MIKRONUTRIEN
MANGAN (Mn)
Kepentingan
Mengaktifkan sesetengah enzim di dalam tanaman
Kesan kekurangan
Klorosis
Daun bertompok tompok kuning

BORON (B)
Kepentingan
Diperlukan di dalam penguraian karbohidrat
Kesan kekurangan
Pembentukan bunga terhalang
Pertumbuhan pucuk dan akar terbantut

ZINK (Z)
Kepentingan
Mengaktifkan sesetengah enzim
Menghalang buah daripada gugur pra matang
Merangsang pengeluaran akar
Kesan kekurangan
Pertumbuhan terbantut

KUPRUM (Cu)
Kepentingan
Komponen di dalam struktur enzim tanaman
Memangkin tindak balas pengoksidaan
Kesan kekurangan
Pertumbuhan tidak normal

MOLIBDENUM (Mo)
Kepentingan
Komponen enzim yang terlibat dalam metabolisme nitrogen
Kesan kekurangan
Pertumbuhan terbantut

BESI (Fe)
Kepentingan
Penting di dalam sintesis klorofil
Sebagai pemangkin di dalam tindak balas kimia tanaman
Kesan Kekurangan
Klorosis wujud pada kawasan urat daun
KESIMPULAN
PEMBAJAAN adalah satu perkara penting kepada tanaman anda

Harga RM : 145.00

http://sites.google.com/site/bgreenfertilizer/nutrientanamandankepentingannya

Tem

2 ulasan:

Akmal Al Yahya berkata...

wah bagus baje nie...

Unknown berkata...

Memang pun...ramai yg ckp memang hasilnya lumayan rugi klu x cuba...